ANM.PHG.600-15/3/7 JLD 3 (38)
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di Bawah Seliaan JANM Pahang
YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman YBhg Dato’ /Datin / Tuan/ Puan, Malaysia Airlines Berhad (MAB) akan menukar sistem perakaunan yang sedia ada (SAP ECC) ke sistem baharu iaitu
SAP 4HANA. Terdapat beberapa aktiviti yang akan terlibat sepanjang tempoh proses penukaran sistem tersebut termasuklah penerimaan borang pengwujudan, pembatalan dan kemaskini akaun pukal.
3. Bagi melancarkan proses tersebut, sebarang aktiviti yang melibatkan pengwujudan, pembatalan dan kemaskini akaun pukal hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 30 November 2023. Sistem baharu MAB SAP 4HANA akan berada di dalam 'blackout period' bermula 1 Januari 2024 sehingga 14 Januari 2024. Pada tempoh tersebut, Jabatan perlu menggunakan WPUA Bukan Pukal bagi pengeluaran tiket MAB melalui agensi pengembaraan. Pengeluaran WPUA online dan offline boleh diakses semula pada 15 Januari 2024.
4. Kerjasama dan perhatian YBhg Dato’ /Datin / Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
UNIT PENGURUSAN DANA
SEKSYEN OPERASI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG
14 NOVEMBER 2023