Rujukan Surat : ANM.PHG.100-6/1/5 ( )
Tarikh : 21 Jun 2024
KEPADA SEMUA PEGAWAI PERAKAUNAN DI BAWAH SKIM PERKHIDMATAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
YBhg. Dato'/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pahang akan menganjurkan Program Perjumpaan Pegawai Perakaunan Negeri Pahang bagi semua Pegawai Perakaunan (Akauntan/ Penolong Akauntan/ Pembantu Akauntan) yang berkhidmat di Negeri Pahang.
3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menghadiri program tersebut seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 4 Julai 2024 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tentatif : Seperti di Lampiran A
4. Kehadiran YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan amatlah dialu-alukan. YBhg. Dato'/ Tuan/ Puan dipohon untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera sebelum atau selewat-Iewatnya pada 25 Jun 2024 (Selasa) seperti di pautan berikut:
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1JSTGDJ50XzTZwUe5U6JMtrIjh4O32nU5wgAJSR0d9dc/edit?usp=sharing
5. Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, YBhg. Dato'/ Tuan/ Puan boleh diajukan kepada Unit Pengurusan Prestasi (UPP) di talian 09-5915041/ 008/ 006 /043. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datol Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Memperkasa Budaya inovasi Pendigitalan"
Saya yang menjalankan amanah,