Pada 24 Ogos 2026 Unit Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang telah menyertai Pempamer Reruai Sempena Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang peringkat Daerah Rompin Tahun 2026. Sepanjang program ini kaunter Wang Tak Dituntut di kunjungi seramai 117 orang untuk membuat semakan dan 79 borang permohonan WTD telah diterima.



