Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

JANM Negeri Pahang dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengadakan Kursus Generik Kewangan Bil.1/2016 bertajuk Kursus Asas Pengurusan Perolehan Kerajaan Zon Timur pada 16 hingga 18 Februari 2016 bertempat di Bilik Latihan Ibu Pejabat Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang, Indera Mahkota Kuantan. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang peserta dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Penceramah yang menjayakan kursus selama tiga (3) hari ini adalah En. Nazrul Zarifi Bin Mohd. Nazri dari Jabatan Latihan Khidmat Negara Kementerian Pertahanan Malaysia, Tuan PkPs Mohamad Bin Husain dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Negeri Pahang dan Tuan DSP Raja Sakaran A/L Subramaniam dari JSJK PDRM Bukit Aman.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada para peserta mengenai Prinsip & Dasar Kaedah Perolehan, Pentadbiran Kontrak dan Ketidakpatuhan Tatacara Pengurusan Perolehan. Di akhir kursus ini, para peserta dapat mengimplikasi pengetahuan yang dipelajari ini bagi meningkat mutu kerja dan kopetensi diri. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah terlibat menjayakan kursus tersebut!