Satu program lawatan rasmi oleh Y.Bhg Dato’ Haji Che Pee bin Samsudin, Akauntan Negara Malaysia telah diadakan pada 17.12.2015 bermula 2.30 ptg – 4.30 ptg. Program lawatan tersebut lebih tertumpu di sekitar ruang pejabat di samping menyampaikan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh seluruh warga JANM Negeri Pahang. Turut hadir bersama dan mengiringi semasa lawatan rasmi ini adalah Pegawai Khas beliau, Encik Norhasrin bin Katuk dan Pengarah Negeri JANM Negeri Pahang.