Kursus Pengurusan Bencana telah diadakan pada 22 September 2016 (Khamis) bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Dewan Auditorium, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang . Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Ikram bin Harun, pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang. Seramai 40 orang kakitangan JANM Pahang telah menyertai kursus tersebut. Ia bertujuan untuk memberi kefahaman tentang pentingnya pengurusan bencana. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan kursus tersebut.
[thumb_gallery source="directory: images/JANM/AO/Pahang/07-Aktiviti/latihan-bil52016"]