Pada 15 Oktober 2016, JANM Negeri Pahang dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan (KESAN) telah mengadakan Kursus Jatidiri “Membina Sahsiah Insan Berintigriti” sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438H di Rumah Anak Yatim & Fakir Miskin Baitul Husna, Perlindung Kuantan. Sebanyak tiga (3) kawah bubur asyura telah disediakan oleh kakitangan JANM Negeri Pahang. Peserta juga telah menghadiri ceramah selepas solat zohor di situ. Sambutan ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah JANM Negeri Pahang, Puan Sabariah binti Yusof yang turut serta menjayakan program ini. Matlamat utama penganjuran kursus ini adalah memupuk semangat kerjasama warga JANM Negeri Pahang serta menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
[thumb_gallery source="directory: images/JANM/AO/Pahang/07-Aktiviti/latihan-bil62016"]