Pada 10 November 2016, JANM Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Perjumpaan Pengarah bersama kakitangan bil.3 tahun 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama Wisma Persekutuan yang telah dihadiri oleh 67 orang kakitangan JANM Negeri Pahang. Perjumpaan ini merupakan platform kepada pihak pengurusan untuk bertemu dengan warga kerja bagi menyampaikan amanat dan maklumat terbaru khususnya berkaitan dengan aktiviti JANM. Majlis ini dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, lagu Jabatan dan perutusan pengarah. Antara pengisian lain bagi perjumpaan pada kali ini ialah taklimat Audit ICT yang telah disampaikan oleh Puan Mastura binti Mohamad dari Unit Teknikal JANM Negeri Pahang serta penyampaian Anugerah Pekerja Contoh, pertukaran pegawai, hadiah EKSA dan juga penyampaian hadiah bagi acara sukan mesra JANM Pahang dari Kelab KESAN.
[thumb_gallery source="directory: images/JANM/AO/Pahang/07-Aktiviti/perjumpaan-pengarah"]