Pada 15 November 2016, JANM Negeri Pahang telah mengadakan satu Kursus Dalaman Jabatan bertajuk Pemantapan Ilmu bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Tingkat 10, Wisma Persekutuan bermula jam 8.30 pagi – 4.30 petang yang melibatkan 37 orang peserta kakitangan JANM Negeri Pahang. Penceramah yang menjayakan kursus ini adalah terdiri daripada tiga orang pegawai JANM Negeri Pahang iaitu Puan Norfadila Bt Mohd Khalil yang menyampaikan taklimat mengenai Wang Tak Dituntut, Puan Faizah Bt Burhanuddin yang menyampaikan taklimat berkenaan Tatacara AP96 dan En Ahmad Faizal Bin Muhamed Ali yang menyampaikan taklimat Penemuan dan Isu-isu Naziran. Objektif penganjuran kursus ini adalah bagi memberi lebih pengetahuan dan kefahaman dalam bidang pengurusan kewangan terutamanya kepada pegawai yang baru bertugas.
[thumb_gallery source="directory: images/JANM/AO/Pahang/07-Aktiviti/latihan-bil72016"]