Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

JANM Negeri Pahang telah mengadakan Program Perjumpaan Pegawai Perakaunan Negeri Pahang bersama Akauntan Negara Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Che Pee Bin Samsudin pada 02 Februari 2017 yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota Kuantan bermula jam 2.00 petang. Turut hadir bersama ke program tersebut adalah En. Jafril bin Junit (Pengarah BPPP) dan Tn. Haji Mat Nazri bin Harminie (Timbalah BPOPP). Seramai 229 orang pegawai perakaunan di bawah Skim Perkhidmatan Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang terdiri daripada 15 orang Akauntan, 196 orang Penolong Akauntan  serta dan 18 orang Pembantu Akauntan telah menghadiri ke program tersebut. Objektif perjumpaan adalah merupakan platform perbincangan dan perkongsian maklumat di antara pegawai perakaunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia bersama Pengurusan Tertinggi. Ia juga dapat menyatukan dan mengukuhkan networking di kalangan pegawai-pegawai perakaunan di seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi menyahut cabaran yang mendatang sekaligus dapat mengeratkan silaturahim.

[thumb_gallery source="directory: images/JANM/AO/Pahang/07-Aktiviti/perjumpaan-pegawai-perakaunan"]