JANM Negeri Pahang dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengadakan Kursus Generik Kewangan Peringkat Zon Timur Bil.1/2017 bertajuk Asas Perakaunan Kerajaan pada 14 hingga 16 Februari 2017 bertempat di Dewan Seminar Darul Makmur Lodge, Kuantan. Seramai 27 orang peserta telah menghadiri kursus pada kali ini. Kursus ini telah disampaikan oleh para pegawai JANM Negeri Pahang sendiri yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing iaitu Puan Julia binti Abu Bakar, Puan Ummu Aiman binti Mohamed Faridul Atrash, Puan Hazliza binti Mahamad dan Puan Ayu Zalina binti Adnan. Objektif kursus kali ini adalah memberi penerangan mengenai konsep dan operasi perakaunan kerajaan termasuklah meningkatkan kemahiran berkenaan perakaunan terimaan, perbelanjaan dan bayaran di Jabatan Kerajaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah terlibat menjayakan kursus tersebut.
[thumb_gallery source="directory: images/JANM/AO/Pahang/07-Aktiviti/kursus-generik-kewangan-bil12017"]