Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016- Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Kerajaan telah bersetuju untuk menambahbaik skim perkhidmatan berkaitan gred jawatan yang mempunyai Sijil/ Diploma berkaitan ditawarkan jawatan Penolong Akauntan gred W29. Pada 22 hingga 25 Mei 2017 Jabatan Akauntan Negara Negeri Pahang telah melaksanakan Program tersebut bagi Siri 2/2017 yang dihadiri seramai 73 orang peserta bertempat di Dewan Auditorium, Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota 14, Bandar Indera Mahkota Kuantan. Program ini merupakan Program Transformasi Minda (PTM) Khas bagi Pembantu Tadbir ( Kewangan) yang menerima opsyen tukar lantik ke jawatan Penolong Akauntan gred W29. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai organisasi, tanggungjawab dan peranan pegawai serta menerapkan pengetahuan terkini tentang pengurusan perakaunan dan kewangan kerajaan sebagai persediaan pegawai di jawatan baharu.
[thumb_gallery source="directory: images/JANM/AO/Pahang/07-Aktiviti/program-transformasi-minda-22mei2017"]