Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang telah mengadakan Latihan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kepada Expert End User (EEU) dengan 3 siri (3 kumpulan) berturutan tarikh iaitu siri I pada 19 hingga 20 Julai 2017(Rabu & Khamis), siri II pada 24 hingga 25 Julai 2017 (Isnin & Selasa) dan siri III pada 26 hingga 27 Julai 2017 (Rabu & Khamis). Latihan ini diadakan di Dewan Sri Mahkota, Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Pahang, Jalan Bomba, Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Peserta yang terlibat adalah daripada pusat tanggungjawab di seluruh Pahang. Setiap sesi seramai 50 orang peserta yang terlibat.
Sistem 1GFMAS dijangka akan dilaksanakan pada 1 Januari 2018. Pengurusan atasan melaksanakan kursus ini bagi memberi pendedahan awal dan pemahaman yang sewajarnya berkenaan MPSAS sebelum laksananya Sistem 1GFMAS.
[thumb_gallery source="directory: images/JANM/AO/Pahang/07-Aktiviti/latihan-pelaksanaan-perakaunan"]