Kursus Generik kewangan Bil.3/2017 -Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan peringkat Zon Timur telah berjaya dianjurkan oleh JANM Negeri Pahang dengan usahasama Pihak IPN. Kursus telah diadakan di Dewan Seminar Darul Makmur Lodge, Kuantan pada 18 hingga 19 April 2017 dan telah disertai oleh 26 peserta dari pelbagai Jabatan. Penceramah jemputan yang menjayakan kursus selama dua (2) hari, Iaitu Encik Samsudin bin Ibrahim merupakan Akauntan WA48 dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. Objektif kursus kali ini adalah memberi penerangan mengenai konsep Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan Kerajaan . Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah terlibat menjayakan kursus tersebut.
[thumb_gallery source="directory: images/JANM/AO/Pahang/07-Aktiviti/kursus-generik-kewangan-bil32017"]