Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016- Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Kerajaan telah bersetuju untuk menambahbaik skim perkhidmatan berkaitan gred jawatan yang mempunyai Sijil/ Diploma berkaitan ditawarkan jawatan Penolong Akauntan gred W29. Pada 25 hingga 28 April 2017 Jabatan Akauntan Negara Negeri Pahang telah melaksanakan Program tersebut bagi Siri 01/2017 yang dihadiri seramai 85 peserta terdiri dari 9 lelaki dan 74 orang perempuan bertempat di Dewan Auditorium, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pahang, Jalan Beserah, Kuantan Pahang. Program ini merupakan Program Transformasi Minda (PTM) Khas bagi Pembantu Tadbir ( Kewangan) yang menerima opsyen tukar lantik ke jawatan Penolong Akauntan gred W29. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai organisasi, tanggungjawab dan peranan pegawai serta menerapkan pengetahuan terkini tentang pengurusan perakaunan dan kewangan kerajaan sebagai persediaan pegawai di jawatan baharu.
[thumb_gallery source="directory: images/JANM/AO/Pahang/07-Aktiviti/program-transformasi-minda-25apr2017"]