Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

 

Ruj Kami: ANM.PHG 600/ 9/ 2 (4)

 

Hasil semakan data induk aset di iGFMAS mendapati maklumat am/ tambahan berkaitan aset tidak lengkap.  Misalnya hartanah, maklumat No. Hak Milik, Negeri, Daerah, Bandar/ Pekan/ Mukim dan No. Lot tidak diisi.

2.               Sehubungan itu, kerjasama tuan diperlukan untuk menyemak dan mengemas kini butir-butir maklumat am/ tambahan berkaitan aset di portal iGFMAS.  Lihat Rajah 1.

2.1.    Hartanah, maklumat No. Hak Milik, Negeri, Daerah, Bandar/ Pekan/ Mukim dan No. Lot hendaklah diisi.

2.2.    Kenderaan, maklumat No. Casis dan No. Plat hendaklah diisi.

2.3.    Peralatan elektronik dan elektrik, No. Siri hendaklah diisi.

3.               Sila rujuk Manual Latihan Sistem iGFMAS Modul AA-11200B Kemas Kini Data Induk Aset dengan Workflow.  Jika ada pertanyaan, tuan boleh menghubungi Unit Pengurusan Aset, JANM Negeri Pahang di talian 09-565 5807/ 817/ 818/ 819/ 820.

 

RAJAH 1

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Aset

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pahang

3 Mei 2019