ANM.PHG.600/15/2/85 ( 06 )
Adalah dimaklumkan bahawa Sistem E-Resit telah dibangunkan dalam iGFMAS bertujuan untuk pengeluaran resit elektronik bagi menggantikan penggunaan Resit Kew.38 (manual) dalam situasi seperti di bawah :
i) Kutipan luar pejabat oleh pegawai yang telah diberi penurunan kuasa untuk membuat kutipan di mana portal iGFMAS tidak dapat dicapai / diakses ;
ii) Urusan terimaan wang oleh Pejabat Pemungut Manual ; dan
iii) Lain-lain situasi selain yang dinyatakan di perkara 2.1 dan 2.2
Oleh yang demikian, pihak Tuan/Puan adalah dimohon untuk mengenalpasti dan melengkapkan Borang Maklumat PTJ/PT Bagi Pelaksanaan E-Resit seperti di Lampiran (sekiranya berkaitan) dan mengemukakan borang tersebut kepada JANM Pahang sebelum jam 12.00 tengah hari pada 09 Ogos 2019 melalui alamat email seperti berikut:
- Puan Irmawati Binti Nosri :
- Puan Norhasliza binti Ismail :
Untuk makluman tuan/puan juga, PTJ/PT yang menggunakan sistem terimaan sendiri adalah tidak tertakluk kepada penggunaan system E-Resit.
Sekian, terima kasih
UNIT AKAUN
JANM PAHANG
07 OGOS 2019