KETUA-KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB
Y. Bhg Datuk/Tuan/Puan,
Dimaklumkan JANM Negeri Pahang dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Perakaunan Pengurusan (BPPP) akan mengadakan sesi taklimat Skim Perkhidmatan Penolong Akauntan bagi Zon Timur. Sesi taklimat Skim Perkhidmatan Penolong Akauntan adalah untuk memberi penerangan tentang urusan perkhidmatan, pertukaran, penempatan dan kemajuan kerjaya pegawai-pegawai Penolong Akauntan.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan Y. Bhg Datuk/Tuan/Puan dapat memaklumkan dan membenarkan Penolong Akauntan dan Penolong Akauntan (KUP) lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia di jabatan masing-masing untuk menyertai sesi taklimat ini
Pengesahan untuk menghadiri taklimat ini hendaklah dibuat melalui link https://forms.gle/8tQtLqDakCL5KWFz8 selepas mendapat kebenaran Ketua Jabatan masing-masing. Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 November 2019 dan permohonan ini adalah terhad kepada 40 penyertaan terawal sahaja.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Prestasi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang
18 November 2019