BIL: ANM.PHG.600.15/2/85 (11)
Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 3 Tahun 2020 yang bertujuan untuk memberi panduan kepada Kementerian/Jabatan yang terlibat dengan penyusunan semula Kementerian di dalam memastikan transaksi perakaunan dan kewangan diperakaunkan dengan teratur, lengkap dan tepat mengikut fungsi Kementerian yang disusun semula yang berkuat kuasa pada 1 Mei 2020.
Sehubungan dengan itu, SPANM Bilangan 3 Tahun 2020 ini boleh dicapai oleh pihak PTJ di laman web www.anm.gov.my atau pihak PTJ juga boleh memuat turun dokumen tersebut melalui link cloud seperti berikut:
https://cloud.anm.gov.my/index.php/s/ndI0h0GLCmnqD3w
Sekian terima kasih.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang
22 April 2020