ANM.PHG.100-1/9/5(14)
PENYELARASAN PENGGUNAAN KOD VENDOR BANK GUNASAMA BAGI BAYARAN KAD KREDIT KORPORAT (KKK), CAJ ePAYMENT DAN CAJ PROSESAN CEK OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)
Y.Bhg Dato’/Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa bagi pembayaran yang melibatkan Kad Kredit Korporat (KKK), caj perkhidmatan ePembayaran dan caj pemprosesan cek hendaklah menggunakan kod vendor bank yang telah diselaraskan seperti berikut bagi setiap bank:
BIL | JENIS PEMBAYARAN | KOD VENDOR DAN AKAUN BANK |
1. | Kad Kredit Korporat (KKK) | Satu kod vendor dan satu akaun bank gunasama bagi setiap bank |
2. | Caj ePayment | Satu kod vendor dan satu akaun bank gunasama bagi setiap bank |
3. | Caj Prosesan Cek | Satu kod vendor dan satu akaun bank gunasama bagi setiap bank |
Ini bertujuan bagi mengelakkan isu lambakan kod vendor bank yang diwujudkan di iGFMAS bagi bank yang sama dan mengelakkan risiko penggunaan one time vendor bagi pembayaran KKK. Bagi tujuan ini, kod vendor bank gunasama telah diwujudkan bagi ketiga-tiga bayaran di atas dan pihak bank telah dimaklumkan penggunaan kod vendor bank dan nombor akaun bagi setiap kod vendor bank tersebut berkuatkuasa bagi bil KKK, Caj ePayment dan Caj Pemprosesan Cek bulan Ogos 2020 yang akan dibayar pada bulan September 2020.
Sehubungan dengan itu, maklumat bagi kod vendor setiap bank bagi tiga (3) kategori pembayaran adalah seperti di Lampiran. Penggunaan kod vendor baharu tersebut adalah bermula pada 1 September 2020. Penggunaan kod vendor bank ini adalah DIWAJIBKAN dan pengwujudan kod vendor bank baharu dan One Time Vendor (OTV) adalah TIDAK DIBENARKAN di iGFMAS.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PAHANG
25 OGOS 2020