Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Rujukan Fail: ANM.PHG.100-2/3/2(14)

 

HEBAHAN: SOAL SELIDIK MENGENAI TAHAP PENGGUNAAN / PEMAHAMAN LAPORAN DI PORTAL iGFMAS OLEH PTJ

 

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa JANM sedang membuat soal selidik bagi mendapatkan input mengenai tahap penggunaan dan kefahaman PTJ terhadap laporan-laporan di portal iGFMAS. Ini adalah bagi mengenalpasti punca laporan-laporan di portal iGFMAS tidak digunakan sepenuhnya dan mengenalpasti kaedah yang efisien bagi penyampaian maklumat untuk mempertingkatkan tahap pemahaman pegawai di peringkat PTJ. Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengisi dan menjawab soal selidik/kajian tersebut secara atas talian(online) mulai 11 Februari 2021 sehingga 24 Februari 2021. Pegawai di PTJ yang perlu mengisi soal selidik ini adalah Ketua Unit Kewangan yang perlu mendapatkan maklumbalas daripada pegawai yang berkaitan. Borang soal selidik tersebut boleh diakses melalui pautan berikut:

 

https://forms.gle/Amd7GrAzABmfdJR68

 

Segala kerjasama YBhg. Datuk/Dato’Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

 

UNIT KHIDMAT PELANGGAN DAN PRESTASI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PAHANG
16 FEBRUARI 2021