NO. RUJUKAN : ANM.PHG.600-15/3/8 ( 2 )
TATACARA PENGURUSAN PENETAPAN KUASA DAN TUGAS PEGAWAI PENGAWAL KEPADA PEGAWAI PERAKAUNAN DI BAWAH KAWALANNYA (ARAHAN PERBENDAHARAAN 11)
Tuan/Puan,
Selaras dengan SPANM Bilangan 6 Tahun 2018 bagi Lampiran A : Garis Panduan Penetapan Kuasa Dan Tugas Pegawai Pengawal Kepada Pegawai Perakaunan Di Bawah Kawalannya Serta Kebenaran Khusus Secara Bertulis tuan/puan adalah dikehendaki untuk mengemukakan Jadual Penetapan Kuasa Dan Tugas Pegawai Pengawal kepada Pegawai Perakaunan di bawah Kawalannya - Pusat Tanggungjawab (PTJ) seperti di Lampiran A1 kepada JANM Pahang.
PTJ juga adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan semula Jadual Penetapan Kuasa Dan Tugas Pegawai Pengawal kepada Pegawai Perakaunan di bawah Kawalannya – Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terkini kepada AO (Pejabat Perakaunan) sekiranya terdapat perubahan/dikemaskini.
Bersama-sama ini dikemukakan softcopy Format Jadual Penetapan Kuasa Dan Tugas Pegawai Pengawal kepada Pegawai Perakaunan di bawah Kawalannya - Pusat Tanggungjawab (PTJ) seperti di Lampiran A1 beserta Lampiran A : Garis Panduan Penetapan Kuasa Dan Tugas Pegawai Pengawal Kepada Pegawai Perakaunan Di Bawah Kawalannya Serta Kebenaran Khusus Secara Bertulis untuk rujukan tuan/puan.
Tuan/puan boleh menghubungi Unit Pengurusan Dana di talian 09-591 5013/ 5036/ 5029/5037/ 5033/ 5028/ 5034 untuk keterangan lanjut.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM PAHANG
Muat turun : LAMPIRAN A