Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Untuk makluman,  segala proses wujud dan kemaskini bagi 3 kumpulan penerima bayaran  terdiri daripada NOTE , PANS dan EMP hendaklah dilakukan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan diluluskan oleh Pejabat Perakaunan (AO) melalui workflow di Portal iGFMAS bermula pada 11 MAC 2021.

Peranan penyedia bagi setiap PTJ dihadkan kepada 2 orang sahaja.  Mohon PTJ mengemaskini peranan Penyedia/Kemaskini Data Induk – Maklumat Pembekal melalui  borang Kew.290E-01 - Pin. 1/18 (Borang Permohonan Capaian Pengguna dan Had Kuasa (PTJ) – kemaskini : 10.03.2021) dan dihantar melalui Service Desk iGFMAS.

Borang Permohonan hendaklah diemailkan di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan nyatakan no. dokumen yang dikunci masuk di Portal iGFMAS.
(Borang asal hendaklah disimpan di PTJ masing-masing untuk rujukan pihak audit/naziran).

1. NOTE (No. Anggota Tentera) – 40 Siri
    1.1 Borang Maklumat Penerima Bayaran Perseorangan (NOTE)
    1.2 Salinan MyTentera / Mykad
    1.3 Salinan Buku Bank / Penyata Gaji / Slip Gaji

2. PANS (Penerima Bayaran Bukan Pembekal dengan Nombor Kad Pengenalan) - 14 Siri
    2.1 Borang eVendor Offline
    2.2 Salinan Kad Pengenalan diakui sah
    2.3 Salinan Akaun Bank

3. EMP (Penjawat Awam) - 50 Siri
    3.1 Borang Pendaftaran/Penamatan Penerima Bayaran iGFMAS
    3.2 Salinan Akaun Bank diakui sah
    3.3 Salinan Print Screen PA30

Manakala bagi permohonan pembekal yang tidak berdaftar dengan SSM contoh seperti Tadika, Kawasan Rukun Tetangga, Persatuan dan sebagainya perlu berdaftar di Sistem eVendor.  Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar ke Unit UKPP seperti biasa.

Bersama-sama ini disertakan Manual Pengguna Modul Akaun Bayaran – Data Induk (Maklumat Pembekal) bagi Jenis 3 dan Edaran LCA Bil 2/2021 untuk rujukan tuan/puan selanjutnya.

Tuan/Puan boleh menghubungi Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan ditalian 09-5915041/5009 /5010/5011 untuk keterangan lebih lanjut.  Sila baca Manual Pengguna ini sebelum hubungi talian berkenaan.


Sekian, terima kasih.

Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang
16 Mac 2021