Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

NO. RUJUKAN : ANM.PHG.600-15/2/85(55)
Tarikh : 09 Jun 2021


Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg Dato' / Tuan / Puan

PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI VOT (MENGURUS DAN PEMBANGUNAN), DEPOSIT, AMANAH DAN TERIMAAN BAGI BULAN MEI 2021

Adalah di maklumkan Sijil Pengesahan Baki baki Vot (Mengurus dan Pembangunan), Deposit, Amanah dan Terimaan hendaklah di kemukakan oleh PTJ kepada JANM Pahang selewat-lewatnya 14 hari dari hari pertama bekerja bulan berikutnya.

2.     Memandangkan keadaan gelombang pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir sehingga kini, jabatan ini mengambil maklum terdapat Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang diarahkan tutup ataupun tidak dapat menjalankan operasi harian jabatan dari semasa ke semasa dan Perintah Kawalan Pegerakan telah dilaksanakan.

3.     Sehubungan dengan itu, dengan mengambilkira senario-senario di atas , Sijil Pengesahan baki Vot (Mengurus dan Pembangunan), Deposit, Amanah dan Terimaan hendaklah di emelkan terlebih dahulu tanpa ditandatangan di alamat emel seperti berikut:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


4.     Pihak tuan dikehendaki menghantar Sijil Pengesahan Baki secara hardcopy serta lengkap bertandatangan apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini ditamatkan.

Kerjasama dan perhatian YBhg Dato' / Tuan / Puan terhadap perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT AKAUN
JANM PAHANG
09 Jun 2021