Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

BIL : ANM.PHG.600.15/2/85 (55)

PENUTUPAN AKAUN BULANAN TAHUN 2021
ARAHAN PERAKUAN 2 DOKUMEN KEWANGAN DI SEMUA MODUL IGFMAS


Tuan / Puan,

Untuk makluman, bagi melancarkan proses penutupan akaun bulanan, dokumen kewangan di SEMUA MODUL SISTEM iGFMAS hanya boleh dibuat Perakuan 2 sehingga jam 12.00 tengahari sahaja pada hari penutupan akaun bulanan.

Sekiranya masih terdapat dokumen kewangan iGFMAS yang masih belum selesai diperaku 2 selepas jam 12.00 tengahari pada hari penutupan akaun bulanan, proses Perakuan 2 boleh dilaksanakan oleh PTJ pada keesokan harinya (Walau bagaimanapun, proses terimaan adalah terkecuali daripada arahan ini).

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan tarikh-tarikh penutupan akaun bulanan untuk rujukan pihak PTJ:

BULAN TARIKH PENUTUPAN AKAUN BULANAN
Januari 31.01.2021 (Ahad)
Februari 28.02.2021 (Ahad)
Mac 31.03.2021 (Rabu)
April 30.04.2021 (Jumaat)
Mei 31.05.2021 (Isnin)
Jun 30.06.2021 (Rabu)
Julai 31.07.2021 (Sabtu)
Ogos 31.08.2021 (Selasa)
September 30.09.2021 (Khamis)
Oktober 31.10.2021 (Ahad)
November 30.11.2021 (Selasa)
Disember 31.12.2021 (Jumaat)
Kerjasama PTJ dalam mematuhi arahan ini adalah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan dapat berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

UNIT AKAUN
JANM PAHANG
16 Jun 2021