Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj.Kami: ANM.PHG.600.15/2/85 Jld 1 (01)

Tarikh     : 01 OKTOBER 2021

 

SEMUA PEMEGANG PANJAR DI BAWAH SELIAAN

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG

 

Tuan,

PENYEDIAAN SIJIL PERAKUAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI PENUTUPAN INTERIM AKAUN KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2021

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.                  Tarikh Penutupan Interim Akaun Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2021 adalah pada 30 September 2021. Oleh itu bagi tujuan tersebut, semua Pemegang Panjar Wang Runcit di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang dikehendaki untuk mengemukakan satu (2) set dokumen Sijil Perakuan Panjar seperti berikut :

i.          Sijil    Perakuan    Panjar,    Lampiran    I    dan    Lampiran    II    bertarikh 30 September 2021; dan

ii.         Buku Wang Runcit

3.                  Dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada Unit Akaun JANM Negeri Pahang selewat-lewatnya pada 8 Oktober 2021 (Jumaat).

4.                  Untuk makluman, Sijil Perakuan Panjar Wang  Runcit  boleh  dicetak  mulai 30 September 2021. Bersama-sama ini disertakan tatacara untuk menyediakan Sijil Perakuan Panjar sebagai rujukan tuan.

5.                  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung dengan pegawai di Unit Akaun JANM Negeri Pahang di talian 09-5915000 sambungan 217/209/343.

Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan. Sekian, terima kasih.

 

TATACARA PENYEDIAAN SIJIL PERAKUAN PWR 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

"Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi"

UNIT AKAUN

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI  PAHANG