BIL: ANM.PHG.600.15/2/85 ( 37 )
PENUTUPAN AKAUN BULANAN TAHUN 2021
ARAHAN PERAKUAN 2 DOKUMEN KEWANGAN DI SEMUA MODUL IGFMAS
Tuan/Puan,
Untuk makluman, bagi melancarkan proses penutupan akaun bulanan, dokumen kewangan di SEMUA MODUL SISTEM iGFMAS hanya boleh dibuat Perakuan 2 sehingga jam 04.00 petang sahaja pada hari penutupan akaun bulanan.
Sekiranya masih terdapat dokumen kewangan iGFMAS yang masih belum selesai diperaku 2 selepas jam 4.00 petang pada hari penutupan akaun bulanan, proses Perakuan 2 boleh dilaksanakan oleh PTJ pada keesokan harinya (Walau bagaimanapun, proses pengeluaran resit adalah terkecuali daripada arahan ini).
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan tarikh-tarikh penutupan akaun bulanan untuk rujukan pihak PTJ:
BULAN |
TARIKH PENUTUPAN AKAUN BULANAN |
Januari | 31.01.2021 (Ahad) |
Februari | 28.02.2021 (Ahad) |
Mac | 31.03.2021(Rabu) |
April | 30.04.2021 (Jumaat) |
Mei | 31.05.2021 (Isnin) |
Jun | 30.06.2021 (Rabu) |
Julai | 31.07.2021 (Sabtu) |
Ogos | 31.08.2021 (Selasa) |
September | 30.09.2021 (Khamis) |
Oktober | 31.10.2021 (Ahad) |
November | 30.11.2021 (Selasa) |
Disember | 31.12.2021 (Jumaat) |
Kerjasama PTJ dalam mematuhi arahan ini adalah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan dapat berjalan dengan lancar.
Sekian, terima kasih.
UNIT AKAUN
JANM PAHANG
11 JANUARI 2021