Rujukan Fail : ANM.PHG.100-2/3/2 (17)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian soal selidik bagi mengenal pasti tahap kepuasan pelanggan warga JANM Tahun 2021 sedang dijalankan bermula 3 Januari 2022 sehingga 3 Februari 2022.
3 Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk memanjangkan soal selidik ini kepada pelanggan di pejabat masing-masing. Kajian boleh diakses di portal rasmi JANM melalui pautan berikut:
4. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Prestasi
JANM Negeri Pahang
14 JAN 2022