BIL: ANM.PHG.600.15/2/85 ( 20 )
Tuan/Puan,
Untuk makluman, bagi melancarkan proses penutupan akaun bulanan, dokumen kewangan di SEMUA MODUL SISTEM iGFMAS hanya boleh dibuat Perakuan 2 sehingga jam 12.00 tengahari sahaja pada hari penutupan akaun bulanan.
Sekiranya masih terdapat dokumen kewangan iGFMAS yang masih belum selesai diperaku 2 selepas jam 12.00 tengahari pada hari penutupan akaun bulanan, proses Perakuan 2 boleh dilaksanakan oleh PTJ pada keesokan harinya (Walau bagaimanapun, proses pengeluaran resit adalah terkecuali daripada arahan ini).
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan tarikh-tarikh penutupan akaun bulanan untuk rujukan pihak PTJ:
BULAN | TARIKH PENUTUPAN |
Januari | 31.01.2022 (Isnin) |
Februari | 28.02.2022 (Isnin) |
Mac | 31.03.2022 (Khamis) |
April | 29.04.2022 (Jumaat) |
Mei | 31.05.2022 (Selasa) |
Jun | 30.06.2022 (Khamis) |
Julai | 29.07.2022 (Jumaat) |
Ogos | 30.08.2022 (Selasa) |
September | 30.09.2022 (Jumaat) |
Oktober | 31.10.2022 (Isnin) |
November | 30.11.2022 (Rabu) |
Disember | 30.12.2022 (Jumaat) |
Kerjasama PTJ dalam mematuhi arahan ini adalah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan dapat berjalan dengan lancar.
Sekian terima kasih.UNIT AKAUNJANM PAHANG28 JANUARI 2022