Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami : ANM.PHG.600-15/3/10 Jld.9 (52)

Tarikh : 15 April 2022

SEMUA KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa semua pembayaran di bawah Arahan Perbendaharaan AP58(a) hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 30 April 2022 dan sebarang pembayaran selepas tarikh tersebut perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia terlebih dahulu. Justeru, permohonan pembayaran di bawah AP58(a) hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Pahang dengan kadar segera.

3. Kerjasama pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan juga dimohon untuk memastikan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil.7/2018 (Lampiran B : Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran Di Bawah AP58(a) Pembayaran Yang Memerlukan Kebenaran Khas) telah dipatuhi sebelum mengemukakan permohonan Sijil AP58(a) kepada JANM Pahang bagi mengelakkan dikuiri.

4. Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan agar proses pembayaran AP58(a) dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM PAHANG