ANM.PHG.600-15/3/7(23)
Mei 2022
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di bawah seliaan JANM Negeri Pahang
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa, berdasarkan semakan Jabatan ini mendapati terdapat beberapa perihal pembayaran yang tidak lengkap dan tidak tepat. Justeru, bersama-sama ini dikemukakan penyeragaman perihal bayaran sebagai panduan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan JANM Negeri Pahang seperti di lampiran.
3. Arahan ini berkuatkuasa SERTA-MERTA. Sehubungan itu, kerjasama pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memastikan penyeragaman perihal bayaran ini dipatuhi bagi mengelakkan pembayaran dikuiri.
4. Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
SURAT | MUAT TURUN |
PENYERAGAMAN PERIHAL | MUAT TURUN |
Sekian.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"
Saya yang menjalankan amanah,
(BURHANUDIN BIN MOHD NOOR C.A. (M))
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang