Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Y.Bhg. Dato’/ Tuan / Puan,

Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 

2.                  Dimaklumkan bahawa, selaras dengan Pelaksanaan Perakaunan Akruan, rekod Akaun Belum Terima (ABT) perlu dilaporkan di Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah bertanggungjawab untuk membuat pemantauan ke atas transaksi ABT di jabatan masing-masing. Untuk tujuan mengakaun dan memudahkan pemantauan transaksi ABT, Sub Modul Invois berserta Laporan Berkaitan ABT (Invois) telah diwujudkan di Modul Terimaan Sistem iGFMAS dan telah digunakan oleh PTJ bermula bulan Januari 2018.

3.                  Bagi tujuan pemantauan berterusan ke atas transaksi ABT yang melibatkan invois ini, JANM Pahang telah menyemak Laporan Invois Yang Belum Selesai untuk tempoh Januari 2018 sehingga 31 Mei 2022 dan mendapati terdapat transaksi invois yang masih belum diselesaikan oleh pihak pelanggan / pembayar (Rujuk Maklumat Senarai invois Belum Selesai Sehingga Tempoh 31 Mei 2022 di Lampiran A).

4.                  Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak PTJ adalah diperlukan untuk menyemak senarai yang dikemukakan (Lampiran A) dengan Laporan Invois Terperinci di Sistem iGFMAS. PTJ juga diminta untuk mengemukakan maklumbalas tindakan susulan yang diambil bagi setiap transaksi invois yang disenaraikan sebelum/pada 24 Jun 2022. Tindakan SEGERA bagi menyelesaikan invois tersebut adalah diperlukan bagi memastikan transaksi ABT dapat diselesaikan sewajarnya. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, sila berhubung dengan pegawai seperti berikut di talian:

-          Puan Farah Kartini Binti Mohamed                      - 09-5915029

-          Puan Noor Afizawati binti Zakaria                        - 09-5915023

-          Puan Ros Lianatrah Binti Aman Tubillah            - 09-5915023  

 SURAT  MUAT TURUN

 

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"

Saya yang menjalankan amanah,

 

(BURHANUDIN BIN MOHD NOOR C.A.(M))

Pengarah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pahang