ANM.PHG.600-15/3/7(25)
Jun 2022
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di bawah seliaan JANM Negeri Pahang
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan buletin Jabatan ini bertarikh 28 Januari 2022 adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa selaras dengan penutupan akaun bulanan bagi bulan Jun 2022, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan JANM Negeri Pahang hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut :
2.1 ARAHAN PEMBAYARAN
(i) Sila pastikan dokumen Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga PERAKUAN 2 selewat-lewatnya jam 12.00 TENGAH HARI pada 30 JUN 2022 (KHAMIS). Tindakan peraku 2 hanya boleh diteruskan bermula 1 Julai 2022 (JUMAAT);
(ii) PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a);
(iii) Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 (i), sila kemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan ke
2.2 TERIMAAN
(i) Sila pastikan semua kutipan sebelum atau pada 30 JUN 2022 (KHAMIS) telah dibankkan selewat-lewatnya jam 3.00 petang seperti ketetapan AP78;
(ii) Manakala bagi kutipan lewat pada 30 JUN 2022 yang tidak sempat dibankkan, WAJIB disediakan PENYATA PEMUNGUT dengan semakan status 80 pada 30 JUN 2022 (KHAMIS) sebelum jam 11.59 MALAM;
(iii) Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.2 (i) dan (ii), sila kemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan ke
3. Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.
SURAT
Sekian, terima kasih.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"
Saya yang menjalankan amanah,
(BURHANUDIN BIN MOHD NOOR C.A. (M))
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang