NO. RUJUKAN : ANM.PHG.600-15/2/85 Jld 1( 39 )
Tarikh : 29 Jun 2022
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Semua Ketua Pusat Terimaan
Semua Ketua Pusat Gaji
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Soalan Lazim Penyelenggaraan Laporan Kewangan Dan Perakaunan JANM.BKP.600-14/1/11 Jld.4(7) Kemaskini 24 Jun 2022 sebagai garis panduan kepada PTJ, Kementerian dan Pejabat Perakaunan dalam melaksanakan penyelenggaraan laporan kewangan dan perakaunan.
3. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan SPANM yang berkaitan dan ia berkuatkuasa mulai laporan bulan Julai 2022 yang perlu diselenggara / dikemukakan pada bulan Ogos 2022 ke Pejabat Perakaunan. Soalan lazim ini hendaklah dibaca bersama Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) berikut:
i) SPANM Bil. 7 Tahun 2018 – Tatacara Pengurusan Bayaran
ii) SPANM Bil. 3 Tahun 2019 – Tatacara Pengurusan Terimaan
iii) SPANM Bil. 1 Tahun 2020 – Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan
4. Perhatian dan tindakan semua PTJ berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT AKAUN
JANM PAHANG
29 Jun 2022
Muat turun:
1) SURAT SOALAN LAZIM PENYELENGGARAAN LAPORAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN
2) SOALAN LAZIM PENYELENGGARAAN LAPORAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN