Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

ANM.PHG.600-15/3/7(26)

Jun 2022

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.             Dimaklumkan bahawa semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu memastikan pembayaran pukal yang dibuat adalah bagi akaun pukal yang aktif dan sah untuk dibayar sahaja. Sehubungan itu, PTJ hendaklah membuat semakan ke atas bil dan laporan pukal selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 7 Tahun 2018 yang mana Jabatan perlu membuat semakan Laporan Bulanan Pembayaran Pukal dengan Laporan Kedudukan Vot/Dana – Terperinci. PTJ juga hendaklah memastikan pembayaran dibuat bagi invois yang betul.

3.             Sehubungan itu, dimohon kerjasama semua PTJ untuk membuat semakan status akaun pukal seperti berikut;

Bil.

Status Akaun Pukal

Tindakan

(i) 

Akaun pukal aktif, digunakan dan dibayar

·      Semak amaun bayaran di bil/invois asal dengan amaun bayaran pukal dalam Sistem iGFMAS

(ii)

Akaun pukal aktif, tidak digunakan dan masih dibayar

·      Tamatkan akaun pukal dengan agensi

·      Batalkan akaun pukal melalui Sistem iGFMAS

(iii) 

Akaun pukal tidak aktif dan masih dibayar

·      Tamatkan akaun pukal dengan agensi

·      Batalkan akaun pukal melalui Sistem iGFMAS

(iv)

Akaun pukal tidak aktif dan tidak ditamatkan

·      Tamatkan akaun pukal dengan agensi

·      Batalkan akaun pukal melalui Sistem iGFMAS

(v) 

Akaun utiliti digunakan, tetapi belum dipukalkan

·      Daftar akaun pukal melalui Sistem iGFMAS

4.             Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung akaun pukal, pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Unit Pengurusan Dana di talian   09-591 5013/5036/5033 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

5.             Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

SEMAKKAN PUKAL

    "WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

   "Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"

Saya yang menjalankan amanah,

 

(BURHANUDIN BIN MOHD NOOR C.A. (M))

Pengarah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pahang