Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas, emel di bawah dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2022 (SPANM) berkaitan Tatacara Perakaunan Aset Bukan Kewangan Kerajaan [JANM.BKP.600-14/1/11 JLD.4(4)].
2. Berdasarkan ketetapan SPANM Bilangan 3 Tahun 2022, penyelenggaraan laporan perakaunan aset bukan kewangan hendaklah disediakan di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ), JANM Negeri/Cawangan dan Bahagian Akaun (BA).
3. Penyelenggaraan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan bagi Suku Kedua Tahun Kewangan 2022 seperti pada 30 Jun 2022 ini perlu disediakan bagi memastikan maklumat aset di PTJ adalah tepat dan wujud secara fizikal supaya Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan memberi gambaran benar dan saksama. Tanggungjawab dan akauntabiliti bagi memastikan ketepatan kedudukan aset adalah di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) pemilik aset berkenaan.
4. Sebagai rujukan bersama, dilampirkan dokumen berkaitan seperti seperti dibawah pada pautan berikut:
https://drive.google.com/drive/folders/1cOQ9wUwp-IC5zXDEKX_ap2jMPOoJDIYR?usp=sharing
i. Jadual Penghantaran Laporan Verifikasi Sukuan 2 Tahun 2022 (PDF)
ii. Tatacara Penyediaan Pengesahan Baki dan Verifikasi Aset Bukan Kewangan (PDF)
iii. TVA_KodPTJ_Sukuan_22022 (excel)
iv. LAPORAN A (excel)
v. Pegawai Bertanggungjawab di JANM Pahang bagi setiap PTJ
5. Pengesahan ini hendaklah disediakan dalam tempoh yang ditetapkan dan dikemukakan kepada JANM PAHANG untuk tindakan selanjutnya selewatnya pada 22 Julai 2022 (Jumaat).
6. Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berkaitan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Kerjasama tuan/ puan berkenaan perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN ASET
JANM NEGERI PAHANG
13 Julai 2022