ANM.PHG.600-15/3/7( )
Julai 2022
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di bawah seliaan JANM Negeri Pahang
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa, berdasarkan semakan terdapat penemuan audit berkaitan pelanggaran peraturan perolehan yang sedang berkuatkuasa. Pekeliling Perolehan Kerajaan / PK 5.1, Para 7.3 telah menetapkan bahawa:
“Agensi bertanggungjawab untuk memastikan pembekal melaksanakan perkara berikut:
7.3.1 Mengemukakan Pesanan Penghantaran selepas pesanan dibuat mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh Agensi.
7.3.2 Mengemukakan invois dalam tempoh tiga (3) hari selepas penghantaran bekalan/perkhidmatan diterima dan disahkan.”
3. Sehubungan itu, bagi memastikan peraturan di atas dipatuhi, pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dikehendaki untuk mengambil tindakan berikut:
3.1 Mengeluarkan peringatan melalui surat/emel kepada pihak pembekal dengan SEGERA supaya pembekal mengemukakan Pesanan Penghantaran melalui sistem eP dalam tempoh TIGA (3) hari selepas bekalan/perkhidmatan diterima; dan
3.2 Mengeluarkan peringatan melalui surat/emel dengan SEGERA kepada pihak pembekal jika pembekal gagal mengemukakan invois melalui sistem eP dalam tempoh TIGA (3) hari selepas penghantaran bekalan/perkhidmatan diterima dan disahkan.
4. Kerjasama pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan Tuan/Puan amatlah diharapkan dalam mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan proses pembayaran berjalan lancar berdasarkan tatacara dan prosedur kewangan yang berkuatkuasa.
Sekian, terima kasih.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"
Saya yang menjalankan amanah,
(BURHANUDIN BIN MOHD NOOR C.A. (M))
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang