ANM.PHG.600-15/3/22( )
Julai 2022
SEPERTI SENARAI EDARAN
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa selaras dengan surat edaran BPOPP JANM Bilangan 8 Tahun 2022, Jabatan ini sedang menyelaras task force bagi pemurnian data akaun pukal di sistem iGFMAS dan sistem agensi pukal oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ). Berdasarkan semakan, terdapat isu lebihan bayaran pukal yang berlaku di PTJ dan antaranya disebabkan oleh perkara berikut :
2.1 PTJ telah berpindah/ tutup iaitu tidak lagi menduduki premis berkenaan, namun PTJ tidak membuat pembatalan akaun pukal yang didaftarkan untuk premis berkenaan menyebabkan pembayaran akaun pukal tersebut masih diteruskan dan berlaku lebihan bayaran.
2.2 PTJ tidak membuat semakan ke atas bil dan laporan pukal selaras Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 7 Tahun 2018 yang menyatakan perkara berikut :
2.3 Justeru pembayaran akaun pukal yang tidak aktif masih diteruskan dalam tempoh bertahun-tahun tanpa pengetahuan PTJ. Perkara ini boleh menyebabkan berlaku kehilangan wang awam sekiranya lebihan bayaran gagal dikutip.
3. Sehubungan itu, task force secara berfasa mengikut agensi perlu dilaksanakan bagi memastikan semua akaun pukal di PTJ yang aktif adalah sah untuk dibayar. Untuk makluman, task force ini melibatkan empat agensi pukal iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia Berhad (TM), Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan Indah Water Konsortium (IWK). Berikut adalah merupakan pelaksanaan di peringkat PTJ :
3.1 Melengkapkan maklumat akaun pukal di pautan yang diberikan mengikut PTJ masing-masing selewat-lewatnya 19 Ogos 2022;
3.2 Membuat semakan nombor akaun pukal yang disenaraikan di dalam pautan tersebut melalui portal iGFMAS – Laporan Akaun Pukal Dipertanggungkan dan bil sebenar di PTJ; dan
3.3 Membatalkan akaun pukal yang tidak aktif dengan mengisi Borang Akaun Pukal di iGFMAS dan memaklumkan secara rasmi penamatan perkhidmatan kepada agensi pukal.
4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai penyelaras di Jabatan ini seperti berikut:
(i) Puan Nor Zilah Binti Nazir - 09-591 5036
(ii) Encik Zaman Bin Ramli - 09-591 5037
(iii) Puan Norlina Binti Mamat @ Salim - 09-591 5033
(iv) Encik Mohd Sahrin Bin Husin - 09-591 5033
5. Perhatian dan tindakan segera pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"
Saya yang menjalankan amanah,
(BURHANUDIN BIN MOHD NOOR C.A. (M))
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang