Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2022 (271)

Tarikh : 20 Julai 2022

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Tuan/ Puan, 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat edaran BPOPP Bilangan 11 Tahun 2022 bertarikh 18 Julai 2022 adalah berkaitan. 

2.       Untuk makluman, sepertimana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat bersama Agensi Pukal dan Pejabat Perakaunan Bilangan 2 Tahun 2021 pada 17 November 2021, mana-mana agensi pukal yang masih belum melaksanakan Online Billing telah diminta bagi membuat perancangan untuk masa hadapan agar memudahkan Pusat Tanggungjawab (PTJ) mendapatkan bil secara online. Kaedah Online Billing dapat membantu mempercepatkan penerimaan bil oleh PTJ untuk tujuan semakan dengan laporan terperinci pukal setelah bayaran dilakukan.

3.       Namun begitu, isu Pusat Tanggungjawab (PTJ) tidak menerima bil daripada agensi pukal masih lagi dibangkitkan pada Mesyuarat bersama Agensi Pukal dan Pejabat Perakaunan Bilangan 1 Tahun 2022 pada 6 Julai 2022. Dimaklumkan juga PTJ tidak mendapatkan makluman mengenai Sistem Online Billing Agensi Pukal bagi mendapatkan bil/ invois. 

4.       Justeru dilampirkan senarai terkini Agensi Pukal dan sistem Online Billing untuk rujukan dan tindakan PTJ selanjutnya. Penggunaan online billing ini adalah bagi menangani isu penerimaan invois lewat atau tidak diterima pada setiap bulan untuk semakan dengan Laporan Pukal Terperinci. 

5.       Mohon kerjasama setiap PTJ untuk memastikan agar bil diterima daripada agensi pukal dan semakan laporan pukal dibuat setiap bulan.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN 

 

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM PAHANG

29 JULAI 2022