Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di bawah seliaan JANM Negeri Pahang
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan kerja-kerja penyediaan data ID pengguna Gaji PTJ iGFMAS dengan mapping role baharu (Penyedia, Penyemak, Peraku dan Papar) sedang di peringkat akhir untuk dimuatnaik ke Production HCM iGFMAS.
3. Pada 26-27 Ogos 2022 muatnaik data dari UMT PTJ gaji dan dilaksanakan aktiviti berikut:
· Menghapuskan peranan capaian gaji sedia ada dari ID pengguna gaji PTJ.
· Memberikan peranan capaian gaji mengikut role baharu (penyedia, penyemak, peraku dan papar).
· Mewujudkan ID pengguna gaji PTJ yang baharu.
4. Sehubungan dengan ini, peranan HCM-gaji baharu berkuatkuasa bermula 28 Ogos 2022 (Ahad).
Sekian, terima kasih.
Unit Teknologi Maklumat
JANM NEGERI PAHANG
26 Ogos 2022