Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

ANM.PHG.600-15/3/7(     )

Ogos 2022

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah seliaan JANM Negeri Pahang

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN OGOS 2022

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan buletin Jabatan ini bertarikh 28 Januari 2022 adalah berkaitan.

2.             Dimaklumkan bahawa selaras dengan penutupan akaun bulanan bagi bulan Ogos 2022, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan JANM Negeri Pahang hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut :

2.1 ARAHAN PEMBAYARAN

(i)      Sila pastikan dokumen Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga PERAKUAN 2 selewat-lewatnya jam 12.00 TENGAH HARI pada            30 OGOS 2022 (SELASA). Tindakan peraku 2 hanya boleh diteruskan bermula 1 September 2022 (Khamis);

(ii)     PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a);

(iii)   Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 (i), sila kemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan                    ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 9 September 2022.

2.2 TERIMAAN

(i)      Sila pastikan semua kutipan sebelum atau pada 30 OGOS 2022 (SELASA) telah dibankkan selewat-lewatnya jam 3.00 petang seperti ketetapan AP78;

(ii)     Manakala bagi kutipan lewat pada 30 OGOS 2022 yang tidak sempat dibankkan dan kutipan pada 31 OGOS, WAJIB disediakan PENYATA PEMUNGUT dengan semakan status 80 pada 31 OGOS 2022 (RABU) sebelum jam 11.59 MALAM;                 

(iii)   Sekiranya GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.2 (i) dan (ii), sila kemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan                    ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 9 September 2022.

3.             Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.

 SURAT

Sekian, terima kasih.

    "WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

   "Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"

Saya yang menjalankan amanah,

(BURHANUDIN BIN MOHD NOOR C.A. (M))

Pengarah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pahang