Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 1 Tahun 2020 – Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan telah dikemas kini pada 25 Ogos 2022. SPANM tersebut telah dimuat naik ke  Portal JANM (www.anm.gov.my) di bawah tab Pekeliling – Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) pada 26 Ogos 2022.

 

3.         Untuk makluman pihak tuan/puan, SPANM Bil. 1 Tahun 2020 ini dikemas kini selaras dengan semakan berkaitan elaun oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Pekeliling Perkhidmatan (PP) yang berkuat kuasa. Tindakan kemas kini ini mengekalkan nombor rujukan SPANM yang asal  dan ia disifatkan berkuat kuasa dari tarikh SPANM dikeluarkan iaitu pada 12 Februari 2020. Senarai pindaan pada SPANM tersebut adalah seperti di lampiran.

 

4. Bersama ini dikemukakan SPANM Bil. 1 Tahun 2020 – Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang telah dikemas kini pada 25 Ogos 2022 beserta lampiran yang berkaitan untuk tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

 

 RINGKASAN PINDAAN MUAT TURUN 
 SPANM_BIL_1_2020 KEMASKINI 25082022  MUAT TURUN 

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Gaji

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pahang

30 Ogos 2022