Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di bawah seliaan JANM Negeri Pahang
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan emel Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, rujukan BPOPP/SPO (Emel)/2022 (333) bertarikh 4 September 2022 adalah berkaitan.
2. Untuk makluman pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, terdapat pengemaskinian kod akaun yang baharu bagi dua (2) perkara berikut:
a) Bayaran balik insuran luar Negara urusan persendirian: B0115199
b) Kombinasi pakej penginapan dan makan minum termasuk sewaan peralatan: B0229142
3. Bersama-sama ini dikemukakan penyeragaman kod akaun – Carta Asas Akruan (CAA) yang telah diselaraskan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebagai panduan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ).
4. Arahan ini berkuatkuasa SERTA-MERTA. Justeru, kerjasama pihak YBhg. Dato’/ Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memastikan kod akaun ini dipatuhi bagi mengelakkan arahan pembayaran dikuiri.
5. Perhatian dan komitmen pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
SURAT | MUAT TURUN |
CARTA ASAS AKRUAB (CAA) | MUAT TURUN |
Sekian.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"
Saya yang menjalankan amanah,
(BURHANUDIN BIN MOHD NOOR C.A. (M))
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang