ANM.PHG.600/9/1 Jld 2 ( )
Oktober 2022
Ketua Jabatan Pusat Tanggungjawab
Tuan
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Perhatian tuan ditarik akan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2022 Tatacara Perakaunan Aset Bukan Kewangan Kerajaan (SPANM). Menurut perenggan 3.4.8 Lampiran B3 SPANM, bagi setiap sukuan ketiga dan keempat, pusat tanggungjawab hendaklah mengemukakan kepada kami laporan-laporan yang berikut. Lihat kepilan.
2.1. Pengesahan Baki Aset Bukan Kewangan (Lampiran B3-C-A1);
2.2. Laporan Perbezaan Baki Aset Alih, Aset Biologi dan Aset Tak Ketara (Lampiran B3-A-A1, Lampiran B3-A-A2 (i), Lampiran B3-A-A2 (ii)); dan
2.3. Laporan Perbezaan Baki Aset Tak Alih (Lampiran B3-B-A1, Lampiran B3-B-A2 (i), Lampiran B3-B-A2 (ii)).
3. Laporan-laporan tersebut (hard copy dan soft copy) hendaklah disampaikan kepada kami secara muat naik di alamat https://drive.google.com/drive/folders/1P5QaL502HwSacQLz9JRmerbTnwvgBFnN selewat-lewatnya pada 23 Oktober 2022 (Ahad). Untuk tujuan ini, hard copy bermaksud salinan imbas (scanned) laporan yang lengkap dengan tandatangan penyedia, penyemak dan pengesah (Ketua Jabatan). Soft copy bermaksud fail dalam format Excel (.xls atau .xlsx).
4. Bagi memudahkan penyediaan laporan, kami ada menyediakan templat, garis panduan dan video tutorial berkaitan. Sumber tersebut boleh dicapai di alamat https://drive.google.com/drive/folders/1P5QaL502HwSacQLz9JRmerbTnwvgBFnN
5. Kerjasama yang tuan berikan didahului ucapan terima kasih.
Sekian.
WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul
Saya yang menjalankan amanah
LAU KAR WOH, C.A. (M), CPA
bp Pengarah