Ruj. Kami: ANM.PHG.600-15/3/7 JLD 2 (24)
Tarikh: 31 Oktober 2022
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di bawah seliaan JANM Negeri Pahang
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas dan surat bertarikh 20 Oktober 2022 daripada AirAsia Berhad adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa AirAsia Berhad telah mengemukakan harga baru bagi Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) yang melibatkan kenaikan harga surcaj bahan api bagi penerbangan antarabangsa dan caj fly-thru. Perubahan harga WPUA ini akan berkuat kuasa pada 21 November 2022.
3. Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Dana
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang
31 Oktober 2022