Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12(56)

Tarikh    : 07.11.2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.4 Tahun 2022 – Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen  Tahun 2023 bertarikh 2 November 2022 dan SPANM tersebut telah dimuat naik ke dalam Portal JANM (www.anm.gov.my) di bawah tab Pekeliling - Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) pada 3 November 2022.

 

Surat Pekeliling ini adalah bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023 dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

 

Dikemukakan bersama ini SPANM Bil. 4 Tahun 2022 untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Gaji

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pahang

07 November 2022