Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman tuan/puan, pengemaskinian pelayar Google Chrome dari versi 106.0.5249.103 kepada versi 106.0.5249.119 telah memberi kesan ralat kepada Pentadbir GPKI iaitu Admin, Sub Admin Pelaksana (SAP), Sub Admin (SA) Authorised Personnel (AP) dan Registration Authority (RA) dalam proses log masuk ke Portal Pentadbir GPKI dan proses perakuan dalam Sistem ICT Kerajaan.
Hasil daripada semakan, didapati GPKI Agent versi 3.0 (Release 1.0.0.1) tidak dapat menyokong penggunaan Sistem GPKI 3.0 di dalam pelayar Google Chrome versi 106.0.5249.119.
Sehubungan itu, sebagai penyelesaian sementara, Pentadbir GPKI yang menggunakan pelayar Google Chrome versi 106.0.5249.119 dimohon untuk beralih kepada pelayar alternatif seperti Microsoft Edge dan Firefox bagi memberi ruang kepada Pasukan Projek GPKI MAMPU membuat semakan terperinci dan mengambil tindakan penyelesaian terbaik kepada masalah ini.
Sekiranya Pentadbir GPKI mempunyai kekangan untuk menggunakan pelayar alternatif, bagi langkah-langkah untuk membolehkan Google Chrome versi 106.0.5249.119 digunakan., sila klik pautan:
MANUAL PENGGUNAAN MyGPKI DALAM PELAYAR GOOGLE CHROME VERSI 106.0.5249.119
Pihak MAMPU memohon maaf atas kesulitan ini.
Sekian, terima kasih.
Pentadbir MyGPKI