ANM.PHG.600-15/3/7Jld.2 ( 33 )
9 November 2022
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di bawah seliaan JANM Negeri Pahang
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia (GPANM) Bil. 3 Tahun 2022 – Pengurusan Terimaan Kerajaan Secara Elektronik Melalui E-dompet (E-wallet) bertarikh 5 Oktober 2022 dan GPANM tersebut telah dimuat naik ke dalam Portal JANM (www.anm.gov.my) di bawah tab Pekeliling – Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia (GPANM) pada 6 Oktober 2022.
3. GPANM Bil 3 Tahun 2022 ini dikeluarkan bertujuan memberi penerangan kepada Kementerian/Jabatan, Pejabat Perakaunan (AO), Pusat Tanggungjawab (PTJ), Pejabat Pemungut (PP), Bank, Penyedia Perkhidmatan E-dompet dan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan kaedah perakaunan terimaan secara e-pembayaran melalui e-dompet.
4. Justeru, bersama-sama ini dikemukakan GPANM Bil. 3 Tahun 2022 - Pengurusan Terimaan Kerajaan Secara Elektronik Melalui E-dompet (E-wallet) untuk makluman dan tindakan selanjutnya jua.
SURAT | MUAT TURUN |
GPANM Bil. 3 Tahun 2022 | MUAT TURUN |
Sekian, terima kasih.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"
Saya yang menjalankan amanah,
(BURHANUDIN BIN MOHD NOOR C.A. (M))
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Pahang