Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Rujukan : ANM.PHG.600-1/1/12 Jld. 2 (28)
Tarikh : 15.02.2024

Dengan hormatnya dimaklumkan Penyata Pendapatan Tahunan (EC Form) bagi tahun 2023 telah dijana dan telah dimuatnaik ke Sistem ePenyata Gaji dan Laporan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

2.            Oleh itu tindakan PTJ selaku majikan adalah dimohon untuk mengemukakan Borang E secara e-filing kepada LHDNM bermula 1 Mac 2024 hingga 31 Mac 2024. Kegagalan PTJ (majikan) mengemukakan Borang E berkenaan boleh dikenakan tindakan penalti oleh LHDNM.

3.            Bersama-sama ini disertakan Penerangan Berkenaan Penyata Pendapatan Tahunan (EC Form) dan tiga (3) tindakan yang perlu dilakukan oleh PTJ semasa penghantaran Borang E sebagai rujukan dan tindakan selanjutnya.

4.            Sebarang pertanyaan melibatkan janaan Penyata Pendapatan Tahunan (EC Form) di Sistem iGFMAS sila berhubung dengan Unit Gaji JANM Pahang di talian 09-591 5024 / 5025 / 5019 / 5005. Manakala untuk pertanyaan melibatkan Borang E serta kaedah e-filing sila hubungi Pejabat LHDNM berdekatan.

Muat turun:

BULETIN PENERANGAN EC FORM DAN TINDAKAN PTJ

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JANM PAHANG