Ruj Kami: ANM.PHG.600 15/3/26 (03)
Tarikh : 11 Julai 2024
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
Di Bawah Seliaan JANM Negeri Pahang
YBhg. Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia rujukan JANM.600-20/2/5 (36) bertarikh 27 Jun 2024 adalah berkaitan.
- Dimaklumkan bahawa AirAsia Berhad telah mengemukakan senarai pelarasan harga tiket penerbangan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) baharu bagi penerbangan domestik dan antarabangsa. Semakan mendapati penyelarasan harga WPUA tersebut melibatkan penyerapan cukai dan surcaj bahan api yang dikemas kini bagi mengimbangi jumlah tawaran harga WPUA 2024 sepertimana emel AirAsia pada 17 April 2024. Walau bagaimanapun, harga tiket penerbangan WPUA secara keseluruhan adalah tidak berubah.
- Pelarasan harga WPUA ini telah berkuat kuasa pada 1 Jun 2024. Bersama ini disertakan senarai pelarasan harga WPUA AirAsia Berhad yang terkini untuk rujukan YBhg. Datin/Tuan/Puan selanjutnya jua.
Pemberitahuan Harga Terkini bermula 1 Jun 2024 WPUA AirAsia
HARGA AIRASIA WPUA 2024 - INTERNATIONAL -D7 - updated 25 Jun 2024
HARGA AIRASIA WPUA 2024 - INTERNATIONAL - updated 25 Jun 2024
HARGA AIRASIA WPUA 2024 - DOMESTIC - updated 25 Jun 2024
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
SEKSYEN OPERASI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG
11 Julai 2024